Pages

Saturday, June 5, 2010

Sekapur Sireh


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh...



Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat juga saya sediakan laman blog Alumni AISTIB ni..selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w dan tidak dilupakan juga salam ukhwah fillah khas buat sahabat-sahabat perjuangan..



Buat pengetahuan semua, laman blog ini masih terlalu baru untuk berada dan bergerak seiring dengan blog-blog yang lain. Objektif utama blog ini diwujudkan adalah untuk menjalinkan ikatan ukhwah antara alumni sekolah dengan warga S.M.U (A) Istiqamah Badang. Alumni sekolah ini kebanyakannya berjaya melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi, dan ada juga yang merantau ke negara orang. Tidak dinafikan juga, ada segelintir daripada sahabat-sahabat kita yang telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai kerjaya yang tersendiri. Walau bagaimana pun, perbezaan tempat, situasi atau keadaan yang dihadapi saya doakan moga simpulan ukhwah ini masih utuh. Semoga kewujudan blog yang tidah seberapa ini, dapat menyimpul kembali simpulan ukhwah nan rapuh dek jarak yang memisahkan kita ini. aamiin.


Ayuhlah bersama-sama untuk berkongsi ilmu, maklumat, aktiviti, kegiatan dan juga bakat kalian untuk dikongsi dan dimuatkan dalam ruangan blog ini. Besar kemungkinannya, ada dalam kalangan sahabat-sahabat kita yang berkebolehan dan mempunyai bakat terpendam yang belum dicungkil terutamanya dalam bidang penulisan seperti menulis cerpen, sajak, puisi, pantun, seloka dan seumpamanya. Segalanya, tidak menjadi mustahil jika sama-sama berkongsi minat ini bersama sahabat seperjuangan.


Sebarang kekurangan daripada pihak admin harap dimaafkan. Bila tersalah, tegurlah kami dengan hikmah. Nasihatilah kami yang lemah ini, jika kami tersalah kata, tersilap bicara. Terimalah cebisan pantun daripada pihak kami ini:-


Buah pisang di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami insan baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan.
~insan dhoif~

0 comments:

Post a Comment

Jalinan Mahabbah

Ukhwah Fillah